Borang Permohonan Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP
Terma dan Syarat
Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain.
Permohonan temujanji boleh dibuat seawal sebulan sebelum tarikh temujanji dan minimum 3 jam sebelum temujanji.
Pilih tarikh dan slot masa mengikut waktu temujanji yang ditetapkan oleh PPZ-MAIWP.
Pemohon perlu bersedia 5 min lebih awal sebelum waktu temujanji secara online pada masa yang telah ditetapkan. PPZ-MAIWP berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat.
Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat.
Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan untuk pengiraan zakat adalah lengkap bagi tujuan konsultasi semasa temujanji (sekiranya perlu).
Notifikasi butiran temujanji akan dihantar melalui emel/sms.
Sila tunjukkan bukti temujanji sekiranya diperlukan.
Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihan maklumat yang diberikan melalui sistem. PPZ-MAIWP berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
Urusan pembayaran adalah melalui saluran-saluran yang disediakan oleh PPZ-MAIWP.